SELAMAT DATANG KE PROGRAM KEBAJIKAN WARISKU NUSANTARA

 

 

Sejak kebelakangan ini, kita dapati kos pengendalian jenazah amatlah mahal dan sudah tentulah akan membebankan kepada waris yang ditinggalkan. Selain itu, kemudahan pengangkutan seperti van jenazah juga amatlah diperlukan dan tidak mencukupi.

 

PERSATUAN WARISKU NUSANTARA (WARISKU) terasa terpanggil bagi menghulurkan bantuan perkhidmatan seperti ini untuk memenuhi tuntutan dan kehendak semasa dengan servis yang tidak mencukupi dan kos perkhidmatan yang semakin meningkat.

 

Melalui program kebajikan ini, WARISKU akan menyalurkan bantuan berupa dana khairat kematian kepada waris ahli yang telah meninggal dunia bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung. WARISKU juga akan menyediakan beberapa kenderaan yang sesuai untuk kegunaan pengangkutan seperti van jenazah dan ambulan untuk membawa orang sakit dan kemalangan.

 

Bantuan ini diberikan kepada waris kepada ahli yang telah didaftarkan ke dalam sistem aplikasi WARISKU. DANA ini bermula dari RM300.00 sehingga RM15,000.00 (tertakluk kepada terma dan syarat).

 

WARISKU juga menawarkan bantuan kewangan berupa pinjaman tunai peribadi sehingga RM5,000.00 dengan kadar bayaran balik tanpa faedah.

 

Selain itu, ahli WARISKU juga akan menikmati bantuan kewangan saraan hidup BERULANG KALI TANPA HAD.

 

Program kebajikan ini juga menyediakan bantuan kepada ahli yang bakal mengerjakan umrah sebanyak RM5,000.00, Dana perkahwinan sehingga RM10,000.00 dan bantuan dana kelahiran sehingga RM5,000.00

 

Skim bantuan ini berkonsepkan tabungan (Tabarru'). Agihan dana kepada peserta (yang layak) adalah melalui sistem agihan aplikasi WARISKU secara telus dan bersistematik. Dana dari tabungan ini diperolehi dari yuran penyertaan ahli, sumbangan dari badan-badan kerajaan, ahli korporat, pihak-pihak swasta dan persendirian.

 

SEMOGA USAHA MURNI INI DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH.

Amin...

 


Load Counter