PROGRAM WARISKU

 

 

PROGRAM WARISKU Bukanlah Sistem Insuran, Tetapi Berbentuk Sistem Tabarru' (Tabungan) Yang Memastikan Setiap Peserta Yang Menyumbang Akan Dipertanggungjawabkan Kebajikan Yang Sewajarnya

 

Program ini di anjurkan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan DUA NEGARA SERUMPUN iaitu Republik Indonesia dan Malaysia dengan satu aktiviti kebajikan yang dikenali sebagai “WARISKU”. Urusan pentadbiran program ini diuruskan oleh PERSATUAN WARISKU NUSANTARA dan YAYASAN WARISKU INDONESIA NUSANTARA. Program ini sangat terikat kepada terma dan syarat seperti dibawah:

 

KEAHLIAN PROGRAM WARISKU

  1. Kriteria keahlian program adalah adalah seperti berikut
    1. Ahli Biasa
      1. Kewarganegaraan : Malaysia & Indonesia
      2. Umur Minima : 12 tahun
      3. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia dan Indonesia
      4. Keturunan/Bangsa : Semua
      5. Jantina : Semua
      6. Agama : Semua
      7. Kriteria Keahlian Yang Lain : TIADA
    2. Ahli Seumur Hidup : TIADA
    3. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 12 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan dan didaftarkan didalam sistem aplikasi warisku, hendaklah membayar bayaran yuran RM30.00 (Rp.100.000,00)  seperti yang telah ditetapkan. Yuran pertama ini hendaklah dibayar kepada agen warisku yang sah.

 

PENDAFTARAN AHLI
Keahlian kepada program ini hanya boleh didaftarkan oleh agen atau wakil sah yang dilantik dan dipamerkan butiran pribadinya di menu utama aplikasi warisku.


PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Program ini hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi terma dan syarat atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya

 

SUMBER KEWANGAN PROGRAM
Sumber kewangan program ini adalah daripada:

  1. Bayaran masuk : RM 30.00 (Rp.100.000,00)
  2. Yuran Tahunan: RM 30.00 (Rp.100.000,00)
    1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan terus kepada akaun Persatuan Warisku Nusantara atau Yayasan Warisku Indonesia Nusantara dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahun
    2. TIADA Yuran seumur hidup

     

    Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Program ini. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang

     

     

MANFAAT AHLI
Manfaat ahli didalam program ini adalah;

  1. BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN
  2. BANTUAN WANG SARAAN HIDUP
  3. BANTUAN DANA PERKAHWINAN
  4. BANTUAN DANA KELAHIRAN
  5. BANTUAN PINJAMAN PERIBADI
  6. BANTUAN DANA UMRAH