PROFAIL

 

RINGKASAN PERSATUAN


PERSATUAN WARISKU NUSANTARA (PPM 007-10-18052016)
NO. 3G JALAN DESA 9/4, BANDAR COUNTRY HOMES,48000 RAWANG SELANGOR MALAYSIA

atau ringkasnya "WARISKU" adalah satu organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan.  Ianya ditubuhkan pada 18.05.2016 untuk memberi khidmat bantuan   kepada ahli dan waris ahli  yang menyertai program ini

MATLAMAT


1. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan untuk ahli dan waris ahli secara khususnya serta masyarakat secara amnya.

2. Menjalankan aktiviti berkaitan membangunkan ekonomi dengan menyediakan fasiliti yang berupa bantuan kewangan dalam bentuk bantuan wang saraan hidup dan modal perniagaan untuk ahli.

3. Menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan pendidikan yang menyumbang 
kepada modal insan untuk mencapai matlamat persatuan.

4. Menyatupadukan masyarakat di malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa tanpa diskriminasi tentang jantina, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh ahli.

5. Semua wang keuntungan yang diperolehi oleh persatuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat persatuan ini. sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini. persatuan ini juga boleh menubuhkan badan perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam tabung kewangan persatuan.

6. Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah tabung kewangan persatuan. Ia juga dibenar menerima tajaan atau sumbangan daripada kerajaan, swasta, badan berkanun dan orang perseorangan asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara. sebarang kutipan derma hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan pendaftar pertubuhan terlebih dahulu.

 

AHLI LEMBAGA PERSATUAN

 

Penasihat Kehormat 1
Y.A.M DATO' SERI PADUKA SYED SYEIK ARIFIN BIN RAJA SYED MOHD DAHLAN

 

Penasihat Kehormat 2

Y.M DATO' LAKSAMANA ABDUL HALIM TUAH BIN HAJI RAHMAT

 

Penasihat Syariah
Y.M DATO' SERI AWANG INDRA BIN AWANG MUSTHOPA

 

Pengerusi
DATO' SERI ZAINAL ABIDIN BIN HJ. A. HAMID

Timbalan Pengerusi
DATO' NOR IZAN BIN MUHAMED

Setiausaha
PUAN SAIDATUL NADIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Penolong Setiausaha
ENCIK HISHAM BIN MOKHTAR

Bendahari
PUAN RUSIDAYU BINTI MUSTAPA