DANA KHAIRAT KEMATIAN

 

 

RINGKASAN

 

Peserta yang ingin menyertai program WARISKU diwajibkan mengambil pakej ini. Bantuan khairat akan disalurkan kepada waris peserta (ahli) yang sah seperti yang telah didaftarkan ke dalam sistem warisku.

 

Dana ini bermula dari RM300.00 sehinggalah RM15,000.000 iaitu mengikut jumlah akaun (tabungan) yang dimiliki oleh peserta tersebut semasa kematian. Setiap akaun bernilai RM300.00.

 

Buat masa ini pihak warisku hanya menyalurkan dana tersebut berupa wang kepada pihak waris tanpa melibatkan sebarang urusan lain yang berkaitan dengan jenazah. Warisku mempunyai perancangan untuk menubuhkan pasukan khas disetiap cawangan bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah bagi memudahkan pihak waris.

 

TERMA DAN SYARAT

 

Waris kepada peserta boleh menuntut dana khairat ini dipejabat urusan Warisku, sama ada dipejabat Persatuan di Malaysia atau pun dipejabat Yayasan di Indonesia dengan memenuhi syarat-syarat seperti berikut;

 

  1. Peserta telah menyertai program ini selama 3 bulan dan ke atas
  2. Umur peserta tidak melebihi 65 tahun sewaktu mengikuti program ini.
  3. Setiap akaun hendaklah melebihi 2 bulan dari tarikh didaftarkan
  4. Status keahlian masih aktif semasa kematian
  5. Tempoh tuntutan adalah tidak melebihi 1 bulan dari Tarikh kematian

 

Selain itu waris hendaklah mengemukakan dokumen lengkap seperti berikut;

  1. Salinan sijil Khairat Induk (pertama kali mendaftar)
  2. Salinan sijil sah kematian yang disahkan
  3. Salinan permit mengkuburkan yang disahkan.
  4. Salinan kad pengenalan ahli
  5. Salinan surat pengesahan pegawai perubatan dari mana-mana

     hospital atau klinik yang berdaftar yang disahkan